fbpx

PRN: PH-BN belum muktamad bahagi kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke Majlis Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri Malaysia di Galeri Pejuang Cherok Tokun, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri masih belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun beliau tidak akan menghalang pimpinan daripada kedua-dua buah parti gabungan itu untuk mengadakan perbincangan di peringkat negeri buat masa ini.

Ditanya mengenai jangkaan bilakah pembahagian tersebut boleh dimuktamadkan, beliau yang juga Pengerusi PH tidak dapat memberi kepastian.

“Kalau boleh cadang tarikh kepada saya (untuk memuktamadkan pembahagian kerusi), bolehlah saya segerakan,” katanya ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri Malaysia di Galeri Pejuang Cherok Tokun, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan keputusan Pas untuk menetapkan sendiri tarikh PRN khususnya di tiga buah negeri yang ditadbir oleh mereka iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan sebagai bukan urusannya.

“Itu hak mereka (untuk tentukan). Hak masing-masing dan dia (kena) rujuk dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jadi, bukan urusan saya. Cuma, kos mengadakan (PRN) secara berasingan itu tentu akan jauh meningkat,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI