fbpx

Beli nasi kantin, pakej bawa balik pinggan sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di akaun @nieysanor

PETALING JAYA – Gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah rendah membawa pulang sepinggan nasi yang dibelinya di kantin sekolah, mencuri perhatian netizen.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh ibunya dikenali, @nieysanor, kelihatan pelajar sekolah rendah itu membawa sepinggan nasi kedalam kereta ketika dijemput ibunya.

“Itu pinggan siapa? Pinggan itu tak beli sekali, esok hantar balik. Pinggan kantin punya, kena hantar balik. Esok bagi balik tau,” kata ibunya di dalam video itu.

Kanak-kanak tersebut kelihatan terdiam sejenak sebelum mengiyakan kata-kata ibunya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 96,100 tontonan, 3,038 perkongsian dan 6,012 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan perlakuan adik comel ini, disamping tertarik dengan jumlah nasi kantin yang banyak itu.

“Mungkin maksud adik ni RM2 itu, dia teringat pinggan dekat kedai RM2 kot. Itu yang dia rasa berbaloi bila beli, dapat ‘free gift’ nasi pula,” komen Nizam.

“Nasi dia banyak weh, dulu aku ingat lagi masa sekolah rendah nasi aku sikit je. Sanggup tak makan waktu rehat,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI