fbpx

Wanita saman bekas tunang RM853,000 kerana batal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saman tersebut dikemukakan kerana keluarga APN perlu menanggung kerugian yang besar akibat terpaksa membatalkan majlis perkahwinan. – Shutterstock

JAKARTA – Seorang wanita di Probolinggo, wilayah Jawa Timur menyaman bekas tunangnya sebanyak 3 bilion rupiah (RM853,498) kerana membatalkan perkahwinan dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung, lapor portal berita Okezone semalam.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai APN, 20, mengemukakan tuntutan saman tersebut diterhadap bekas tunangnya, AS, 23 kerana melanggar perjanjian.

Menurut maklumat, saman tersebut dikemukakan kerana keluarga APN perlu menanggung kerugian yang besar akibat terpaksa membatalkan majlis perkahwinan.

Kerugian tersebut adalah dalam bentuk material dari segi persiapan kelengkapan majlis termasuk sewa dewan, cenderahati untuk tetamu, dekorasi, jurugambar, jurusolek dan undangan.

Tidak cukup dengan itu, APN turut mengaku pernah terlanjur dengan AS sebelum ini.

Perbicaraan bagi kes tersebut masih berlangsung di Mahakamah Negeri Kelas II Probolinggo. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI