fbpx

Tradisi unik lumba ‘ski tandas’ di Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pondok itu harus dilengkapi mangkuk tandas dan tisu gulung. - Katie Wheat

WASHINGTON – Sebuah bandar di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS) mempunyai satu tradisi unik iaitu mengadakan perlumbaan ski menggunakan ‘tandas luar rumah’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bandar Conconully telah mengadakan perlumbaan tandas sejak 42 tahun lalu di jalan Main Street.

Dalam aktiviti tersebut, pondok tandas luar rumah diletakkan di atas kayu ski dan kumpulan yang bertarung akan berlumba untuk menjadi yang pertama melintasi garisan penamat.

Peserta perlu membina pondok itu menggunakan kayu, malah ia juga harus dilengkapi dengan mangkuk tandas dan tisu gulung.

Ahli pasukan lain kemudian dikehendaki duduk di atas mangkuk tandas dan diwajibkan memakai topi keledar ketika perlumbaan. 

Bagaimanapun, tradisi perlumbaan unik itu sebenarnya tidak berasal dari bandar tersebut. 

Nenek kepada seorang pegawai acara tersebut, Jacob Byl, didakwa telah memulakan tradisi itu sejak 42 tahun lalu dengan menirunya daripada sebuah perlumbaan di negeri Idaho.

Bercakap kepada Badan Penyiaran Britain (BBC), Jacob berkata: “Ia sesuatu yang nenek saya dan beberapa ahli dewan lakukan pada 42 tahun lalu.

“Mereka menyaksikan perlumbaan di Idaho dan memutuskan bahawa ia perkara yang menarik untuk dilakukan di sini,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI