fbpx

Awan berbentuk kanta seakan UFO muncul di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena awan berbentu kanta mata itu berlaku Khamis lalu. - Anadolu Agency via Getty Images

ANKARA – Penduduk bandar Bursa, Turkiye dikejutkan dengan kemunculan gumpalan awan berbentuk seakan-akan kanta mata dan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit, pagi Khamis lalu, lapor laman berita Wion News hari ini.

Awan itu kekal di langit selama sejam dan boleh dilihat dari daerah Gursu, Osmangazi, Kestel, Nilufer dan Yildrim di Bursa.

Menurut laman web Direktorat Umum Meteorologi, awan itu terbentuk di langit disebabkan fenomena turun naik angin yang kasar dan ia menunjukkan pergerakan yang beralih ke arah bawah di langit.

Ramai penduduk yang kagum dengan fenomena alam itu merakamkan awan kanta tersebut menggunakan telefon bimbit mereka.

Video dan gambar awan yang kelihatan seperti UFO itu dikongsi secara meluas di media sosial seluruh Turkiye. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI