fbpx

Majikan digesa untuk tidak abai aspek standard perburuhan – Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar.

PUTRAJAYA – Para majikan di Malaysia digesa agar tidak mengabaikan aspek-aspek berkaitan standard perburuhan susulan kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi menyegerakan kelulusan kuota pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, majikan juga dimohon agar mengemuDah bagi kelonggsrankakan dokumen-dokumen yang sahih bagi menyokong permohonan kuota pekerja asing berikutan terdapat kes-kes pemohonan yang melibatkan dokumen palsu, sebelum ini.

“Saya ingin menggesa majikan bahawa walaupun kelonggaran akan diberikan bagi tujuan untuk menyegerakan kelulusan kuota pekerja asing tetapi aspek-aspek berkaitan standard perburuhan tidak wajar diabaikan.

“Standard perburuhan ini wajar dipatuhi walaupun proses naziran bersama oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dibuat selepas tempoh enam ke tujuh bulan daripada tarikh kelulusan kuota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Sivakumar, beliau juga mengharapkan kerjasama daripada semua majikan dan pihak industri berkaitan standard perburuhan seperti pembayaran gaji bulanan, gaji minima dan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya memohon supaya majikan dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada hasrat kerajaan dalam menjayakan Pelan Pelonggaran Penggajian Pekerja Asing dengan majikan membuat permohonan kuota berdasarkan keperluan sebenar.

“Kementerian Sumber Manusia akan memastikan bahawa kelulusan kuota yang diberikan dapat memenuhi keperluan sebenar guna tenaga negara jadi adalah penting untuk kita semua memastikan imej dan kredibiliti negara terjamin tanpa berkompromi terhadap kebajikan dan hak-hak pekerja seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI