fbpx

Farm Fresh jenama tenusu pilihan Putra Brand Awards 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loi Tuan Ee (tengah) meraikan kejayaan Farm Fresh bersama barisan kepimpinan tertinggi syarikat pada malam gala Putra Brand Awards 2022 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Farm Fresh Berhad meraih anugerah platinum bagi kategori Minuman-Tenusu pada malam gala Putra Brand Awards 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Farm Fresh beroleh pengiktirafan berkenaan dengan mengalahkan enam lagi jenama besar lain dalam kategori sama, selepas memenanginya buat kali pertama pada 2021.

Pemenang Putra Brand Awards dipilih menerusi undian pengguna tempatan, yang mana lebih 25,000 respons diterima dalam tempoh lapan minggu dari akhir September hingga pertengahan November lalu, hasil tinjauan yang dikeluarkan di 60 laman web.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, pihaknya telah banyak berkembang dalam tempoh 13 tahun lalu untuk menjadi syarikat tenusu bersepadu terbesar di Malaysia.

“Setelah sekali lagi berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, kami percaya kami kini berada pada landasan yang tepat.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana dengan kepercayaan serta keyakinan mereka, kami telah mencapai banyak perkara yang sebelum ini kelihatan mustahil dan memimpin sebuah syarikat tempatan untuk menjadi jenama tenusu kegemaran Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Farm Fresh berkembang menjadi jenama Susu Segar Nombor Satu di negara ini serta turut dieksport ke Brunei dan Singapura, dengan Filipina dan Indonesia menjadi pasaran sasaran untuk pertumbuhan seterusnya.

Ia turut memperkenalkan lebih 147 SKU (unit simpanan stok) merentasi pelbagai jenama termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh dan Nubian Goat’s Milk.

Ini termasuk susu formula sedia diminum, iaitu Farm Fresh Grow yang dilancarkan baru-baru ini. Ia dihasilkan daripada susu lembu tulen dan diperkaya dengan keperluan untuk tumbesaran kanak-kanak, tanpa bahan yang biasa ditemui dalam produk lain seperti maltodekstrin, minyak sayuran serta kalsium karbonat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI