fbpx

KPWKM bincang keperluan pendidikan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy pada sidang media selepas sesi Town Hall Perkhidmatan Kanan-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) JKM Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan satu mesyuarat koordinasi bersama kementerian-kementerian berkaitan mengenai keperluan pendidikan seksual dalam kalangan kanak-kanak selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mesyuarat koordinasi tersebut diadakan supaya setiap kementerian dapat memainkan peranan masing-masing dalam isu berkenaan.

“Bukan sahaja Kementerian Pendidikan (KPM), kita juga mahu bawa Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kerana kita perlu ada sebuah ekosistem di dalam komuniti dan mungkin (libatkan) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Ini kerana (pendidikan seksual) tidak seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas kita sahaja, sebab itu kita perlukan mesyuarat koordinasi seperti ini supaya kementerian serta masyarakat (dapat bekerjasama),” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai keperluan pendidikan seksual dalam kalangan kanak-kanak selepas sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tahun 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi ucapannya, Nancy berkata, sehingga November tahun lalu, kementerian melalui JKM telah mengendalikan sebanyak 5,572 kes melibatkan penderaan dan pengabaian.

Menurut Nancy, kes-kes tersebut membabitkan penderaan fizikal, seksual, emosi serta pengabaian yang dikendalikan oleh pegawai pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya menyeru kepada semua pegawai JKM serta warga KPWKM supaya sentiasa memantau isu-isu kanak-kanak yang telah berlaku di media sosial dan anggaplah mereka ini seperti anak sendiri.

“Kita semua juga berupaya untuk menjadi duta untuk JKM, supaya rakyat tahu dan faham akan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai pegawai JKM terutamanya mereka yang bertugas di lapangan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI