fbpx

Penunggang motosikal degil tidak mahu ikut laluan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut di akaun @zulchay3840.

PETALING JAYA – Beberapa penunggang motosikal dilihat berdegil tidak mahu menggunakan laluan khas untuk kenderaan itu di lebuh raya, malah menunggu kereta membayar tol supaya palang dibuka untuk mereka.

Video kejadian itu dimuat naik oleh @zulchay3840 di akaun TikToknya dan difahamkan terjadi di Plaza Tol Gombak.

Di dalam video itu kelihatan sekurang-kurangnya tiga penunggang motosikal ‘berlawan mulut’ gara-gara pemandu kereta pacuan empat roda bertekad untuk tidak membayarkan tol untuk mereka.

“Lorong motosikal ada, lalulah sana, kan dah susahkan orang,” tulis @zulchay3840 di kapsyen videonya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 176,800 tontonan, 4,660 tanda suka dan 106 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi peraturan buat pemandu motosikal di lebuh raya selain menganggap ada penunggang yang tidak tahu tentang kewujudan lorong motosikal.

“Kalau bagi mereka lepas, nanti palang turun sebelum kereta kita lalu. Kena bayar dua kali pula,” komen Zumaidizainudin.

“Mungkin juga dia tidak tahu ada lorong motosikal, sebab saya dulu pun pernah macam ini sebab pertama kali masuk lebuh raya,” komen Andy pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI