fbpx

Komplot bekas pengetua, kakitangan terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang telah menahan seorang kakitangan sebuah sekolah di sebuah daerah di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan penyelenggaraan, lapan tahun lalu.

Selain lelaki berusia 40 tahun itu, turut ditahan bekas pengetua daripada sekolah yang sama berusia 60 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang antara pukul 11 hingga 11.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2015 hingga tahun lalu, kakitangan tersebut telah menyalahgunakan jawatannya bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan penyelenggaraan di sekolah tersebut kepada syarikat miliknya sendiri.

Dalam masa sama, bekas pengetua sekolah itu juga dikatakan dengan niat bersama meluluskan kerja-kerja tersebut kepada syarikat terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI