fbpx

Pantai Sungai Kajang disita, JPNS diminta bagi penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi (tengah) meninjau dan menunjukkan kawasan Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang yang diletakkan pita pelekat sitaan.

KUALA SELANGOR – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) diminta memberi penjelasan terperinci mengenai tindakan sitaan di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, sejak 10 Januari lalu.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, tindakan sita itu menimbulkan persoalan kepada penduduk, pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut.

Katanya, kekeliruan tindakan itu timbul berikutan kawasan pantai berkenaan bukan bagi kegunaan peribadi namun lokasi orang awam.

“Keadaan itu menyebabkan semua peniaga sepanjang jalan berdekatan terjejas teruk dan banyak gerai juga terpaksa ditutup, selain penduduk setempat tiada lagi tempat untuk bersantai, beriadah dan menikmati suasana matahari terbenam pada sebelah petang,” katanya hari ini.

Jelas Zulkafperi, lokasi itu sebelum ini menjadi kawasan lambakan sampah kotor dan berbau busuk.

“Penduduk sudah bergotong-royong membersihkannya dan menjadikan ia sebagai lokasi bersantai pagi dan petang dan mereka turut membina bangsal, meja dan beberapa kerusi batu hasil sumbangan pihak tertentu.

“Secara peribadi, saya merasakan Pantai Sungai Kajang itu berkepentingan awam dan berpotensi besar untuk dibangunkan,”  katanya.

Berdasarkan notis pemberitahuan itu, sitaan dilakukan berikutan disyaki berlaku kesalahan hutan mengikut Akta Perhutanan Negara.

Dalam pada itu, difahamkan kerajaan negeri akan memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI