fbpx

AADK ‘berkonvoi’ sampaikan mesej pencegahan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Rizal (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada peserta konvoi bermotosikal anjuran AADK Daerah Petaling

PETALING JAYA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Petaling telah melakukan konvoi bermotosikal ke beberapa kawasan sekitar negeri Selangor bagi menyampaikan mesej bahaya penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Petaling, Mohd Rizal Md Zain berkata, konvoi melibatkan lebih 100 motosikal serta kira-kira 20 pelbagai kenderaan lain itu bermula daripada bangunan Persekutuan Petaling Jaya sehingga ke daerah Sepang.

Jelas beliau, selain warga kerja AADK daerah Petaling, konvoi bermula pagi tadi itu juga turut disertai oleh pelbagai agensi lain seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MJKR) serta Jabatan Penerangan.

“Konvoi ini dibawah program ‘Aspirasi Menuju Puncak’ dan kita gabungan semua klien ADDK bersama masyarakat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

“Kita akan berkampung di Bagan Lalang selama sehari dan pelbagai program telah diatur antara klien AADK dan masyarakat seteempat seperti lawatan rumah ke rumah, ceramah serta program motivasi,” katanya kepada Kosmo!

Selain itu kata Mohd Rizal, program ini juga adalah sebahagian daripada pendedahan pihak ADDK kepada klien supaya mereka dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta masyarakat setempat.

Sementara itu, ,mengulas mengenai masalah penagih dadah sekitar daerah Petaling, beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 1,200 individu atau klien sedang menjalani rawatan dan pemulihan dadah bersama AADK.

Jelas beliau, terdapat dua mukim yang ketika ini dikategorikan berisiko tinggi dari segi penyalahgunaan dadah iaitu Mukim Petaling dan Damansara.

“Matlamat kita pada tahun ini adalah untuk mengeluarkan kedua-dua mukim ini daripada kawasan berisiko tinggi,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI