fbpx

Kontraktor direman kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seorang kontraktor direman lima hari bagi membantu siasatan membuat tuntutan palsu kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sebuah institut latihan di Selangor bernilai RM444,000.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas hadir di Pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor.

Katanya, suspek yang menggunakan perniagaan sebuah syarikat telah mengemukakan tuntutan bayaran palsu kepada pihak institut latihan di negeri ini.

“Ini bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat serta menyelenggara landskap berjumlah RM444,000 sedangkan kerja itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Suspek melakukan perbuatan itu antara September 2020 sehingga April 2022 ketika menjadi kontraktor di institut tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkannya dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI