fbpx

Kapal kargo MV Dai Cat hilang dikesan berada Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Hizam menunjukkan lokasi terakhir itu dikesan sebelum menerima isyarat kecemasan EPIRB dari kapal itu malam tadi

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal kargo berdaftar di Malaysia, MV Dai Cat yang membawa muatan besi paip dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu dikesan di perairan Indonesia di kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, malam semalam.

Kapal kargo membawa muatan 527 besi paip yang dianggarkan bernilai kira-kira RM726,000 berlepas dari Jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember lalu dan sepatutnya tiba di lokasi di Kuching, Sarawak pada 31 Disember lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat dari MRSC Langkawi pada 5.13 petang semalam mengenai kehilangan kapal itu.

Katanya, lokasi terakhir kapal ini dikesan melalui sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia, 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.

“Maklumat terkini yang diperolehi pada 10.42 malam semalam, satu isyarat kecemasan Emergency Position Indicatior Radio Beacon (EPIRB) telah dikesan daripada kapal kargo MV Dai Cat 06 di kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat.

“Isyarat kecemasan ini dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dan Police Operation Command Centre (POCC) Singapura.

“Sejurus maklumat diperolehi, Maritim Malaysia Negeri Johor telah menghubungi pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mengesan kapal tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung kehilangan kapal kargo tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI