fbpx

20 akaun palsu Instagram menyamar jadi Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK sah bergelar isteri Syamsul, nama Ira Kazar memanas dalam pelbagai lapangan media sosial.

PETALING JAYA – Sekurang-kurangnya 20 akaun palsu Instagram diwujudkan atas nama Ira Kazar gara-gara hebohnya perkahwinan wanita itu dengan pengarah popular, Syamsul Yusof.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, mengakui perkara tersebut dan terpaksa memaklumkan bahawa akaun Instagram sebenar miliknya adalah yang mempunyai tanda (badge) ‘verified’.

“Selamat pagi. Akaun-akaun yang anda lihat (saya sertakan ini) bukan milik saya.

“@irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya gunakan sekarang. Terima kasih,” kata anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi itu.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati kebanyakan akaun tersebut menggunakan sama ada gambar Ira dan bersama Syamsul sebagai identiti palsu.

Minggu lalu, nama Ira Kazar terus menjadi sebutan ramai apabila Syamsul, 39, mengakui sudah menikahinya di Thailand dengan berwalikan bapa wanita itu.

Pernikahan yang mendapat perhatian ramai tersebut sekali gus menamatkan segala persoalan yang bermain di minda ramai tentang status perkahwinan Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyan dan Ira sebagai isteri kepada pengarah filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Mentua Ira iaitu Datin Fatimah Ismail masih belum menerima hakikat bahawa dia kini mempunyai dua menantu iaitu yang pertama, Puteri Sarah dan terbaharu, Ira.

Bagaimanapun, suami Fatimah, Datuk Yusof Haslam cuba berlapang dada dan mengharapkan agar Syamsul dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap kedua-dua isterinya biarpun pahit untuk menelan realiti dia berkahwin tanpa pengetahuan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI