fbpx

Reezal Merican, Nurul Izzah bincang kerjasama di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) dan Nurul Izzah mengadakan perbincangan tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertemu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tengah hari tadi.

Beliau yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan kedua-dua mereka akan bekerjasama demi manfaat rakyat Pulau Pinang.

“Alhamdulillah. Saya berbesar hati dapat bertukar-tukar pandangan bersama Puan Nurul Izzah Anwar semasa pertemuan kami tengah hari tadi.

“Banyak juga yang sempat kami bincangkan dan tertumpu kepada usaha dalam memastikan segala program dan inisiatif pembangunan di Pulau Pinang dapat diteruskan sebagaimana yang telah dirancang sewaktu saya masih dalam kerajaan,” katanya hari ini.

Reezal Merican berkata, walaupun beliau dan Nurul Izzah masing-masing tewas di kerusi Parlimen ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun itu bukan titik noktah kepada khidmat bakti mereka kepada rakyat.

Beliau pada PRU15 bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kepala Batas, manakala Nurul Izzah mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Kedua-dua mereka bagaimanapun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI