fbpx

Lelaki ditahan curi kabel, penyambung tembaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas disyaki mencuri kabel dan wayar tembaga di sebuah pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani pada kelmarin.

SUNGAI PETANI – Cubaan seorang lelaki mencuri kabel dan penyambung tembaga di kawasan pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Cinta Sayang di sini kelmarin gagal apabila disedari kakitangan syarikat tersebut.

Suspek yang merupakan buruh berusia 32 tahun itu dicekup kira-kira pukul 6.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek ditahan bersama tiga batang tembaga dan dua penyambung tembaga.

“Sebaik dimaklumkan tentang penahanan suspek, kita menghantar Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk membuat tangkapan semula.

“Siasatan awal di lokasi mendapati suspek mengaku mencuri kabel dan wayar tembaga di situ seorang diri,” katanya di sini, hari ini.

Kata beliau, suspek dan barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin itu didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek mengaku mencuri kabel dan wayar tembaga itu untuk dijual di premis kitar semula berikutan harganya yang mahal,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI