fbpx

Gaya Zul Ariffin dah macam Pak Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Zul dikatakan netizen tidak ubah persis ‘Pak Arab’.

LAMA Diva tidak mendengar khabar atau gosip mengenai hero kegilaan ramai, Zul Ariffin terutama selepas kes mahkamahnya tahun lalu.

Iyalah, selalunya ada sahaja gosip nakal mengenai pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu muncul dalam media sosial tetapi sekarang sunyi sepi.

Namun, dalam ‘kesepian’ tersebut, Zul masih lagi aktif apabila kerap berkongsi foto-foto indahnya di Tanah Suci Mekah menerusi media sosial.

Cemburu sungguh Diva dengan Zul kerana sudah beberapa kali menunaikan ibadah umrah sepanjang berada di sana. Sekali imbas, Diva lihat wajah dan gayanya sudah persis ‘Pak Arab’.

Rupa-rupanya bukan Diva sahaja yang perasan, malah peminat pun turut teruja melihat kehidupan baharu aktor kesayangan mereka.

“Seronoknya lihat kehidupan Zul sekarang, dapat berada di Mekah dan sudah tunaikan umrah beberapa kali,” komen netizen.

Mungkin impiannya untuk untuk menetap di sana dan memulakan perniagaan bakal tertunai tahun ini.

Semoga Zul menemui kebahagiaan yang diingini dan harap bertemu jodoh juga ya.

DIVA: Semoga bekas wartawan hiburan Melodi, Nas Ahmad yang kini menghidap penyakit jantung diberikan kesembuhan dan dimudahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI