fbpx

Peranti pintar mampu terjemah punca bayi menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peranti Q-bear menterjemah punca bayi menangis dan menganalisis semua jenis tangisan. – Taiwan Excellence

TAIPEI – Sebuah syarikat dari Taiwan menghasilkan sejenis peranti yang boleh menganalisis dan menterjemah punca bayi menangis bagi memudahkan ibu bapa, lapor akhbar Metro UK semalam.

Peranti Q-bear itu dianggap sebagai ‘penterjemah bayi menangis kepintaran buatan (AI)’. Ia  dikatakan mampu menganalisis dan mengenal pasti keperluan bayi daripada pelbagai jenis tangisan bagi membantu ibu bapa bertindak balas dengan lebih mudah.

Ia boleh membezakan antara tangisan disebabkan lapar, lampin basah, mengantuk atau mahu dipujuk.

Menurut laman web syarikat tersebut, Q-bear juga boleh mengesan tahap ketidakselesaan bayi untuk membolehkan ibu bapa lebih memahami situasi kesihatan anak mereka.

Peranti yang dibalut dengan silikon lembut itu boleh diletakkan di dalam katil bayi atau kereta sorong. Ia menggunakan teknologi yang dipaten bagi menganalisis tangisan bayi untuk menentukan satu daripada empat keperluan daripada ‘indeks ketidakselesaan’.

Terjemahan Q-bear akan dikeluarkan dalam masa 10 saat selepas bayi menangis.

Ia selain itu boleh mengesan maklumat kesihatan bayi, mengenal pasti sama ada bayi mengantuk atau tidak selesa dan memainkan muzik menenangkan secara automatik.

Contohnya, ia secara automatik boleh memainkan irama dodoi atau bunyi seperti di dalam rahim yang dipaten serta menukar kepada mode lampu bantuan tidur sekiranya tangisan bayi adalah disebabkan keletihan.

Ibu bapa juga boleh memuat naik buku audio, muzik atau bahkan merakam dan memuat naik suara mereka ke dalam peranti itu.

Peranti Q-bear juga mendakwa ia merupakan produk ramalan paling tepat di pasaran (95 peratus). – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN