fbpx

Panda enggan mengawan dihantar pulang ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Tian (kiri) tidak tertarik dengan Yang Guang (kanan). - PA

EDINBURGH – Sepasang panda di Scotland akan dihantar pulang ke China pada hujung tahun ini selepas gagal melahirkan anak, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Panda bernama Yang Guang dan Tian Tian itu telah menetap di Zoo Edinburgh sejak 2011.

Dua ekor haiwan itu menjadi harapan dalam melahirkan banyak anak dan meningkatkan bilangan spesies yang terancam.

Tiada pergaduhan dilaporkan berlaku antara kedua-duanya tetapi pakar mendakwa bahawa Tian Tian enggan mengawan.

Ketua Eksekutif Persatuan Zoologi Diraja Scotland, David Field, memberitahu akhbar Telegraph bahawa: “Kadang-kadang haiwan tidak mempunyai keinginan untuk mengawan. 

“Secara genetik kedua-duanya mungkin sepadan, namun dari segi tingkah laku, Tian Tian mungkin enggan melakukannya walaupun mempunyai pilihan,” katanya.

Tian Tian dan Yang Guang telah dihantar oleh pemerintah China kepada Scotland untuk tempoh 10 tahun dengan kos tahunan yang dilaporkan sebanyak £600,000 (RM3.17 juta).

Kedua-duanya dilahirkan pada Ogos 2003 dan berusia 19 tahun pada 2022.

Tian Tian telah melahirkan sepasang anak panda kembar di negara asalnya namun, musim mengawan semula jadi pertamanya di Edinburgh menemui kegagalan.

Pembiakan panda sangat jarang berlaku kerana fisiologinya yang kompleks dan fakta bahawa ovulasi hanya berlaku sekali dalam masa setahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI