fbpx

Statistik jenayah turun pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin.

KUALA LUMPUR – Statistik kes jenayah komersial menunjukkan penurunan bagi bulan Januari hingga Disember 2022 dengan catatan 30,536 kes berbanding 31,490 kes bagi tahun 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din, dalam masa sama berkata, kes penipuan dalam talian turut mencatatkan penurunan.

“Penurunan bagi tempoh Januari hingga Disember 2022 ialah sebanyak 20,041 kes berbanding 20,701 kes dalam tempoh sama pada tahun 2021.

“Rekod ini merupakan bukti kejayaan siri kempen berterusan yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjanji untuk terus mendidik dan menyalurkan informasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang jenayah komersial khususnya jenayah scam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Lagu Anti- Scam, di Maktab PDRM, di sini, pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI