fbpx

Cheng Wen tinggalkan BAM sebab kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG WEN mengalami kecederaan koyakan berulang pada bahu kirinya.

PEMAIN beregu campuran, Yap Cheng Wen menjadi nama baharu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membawa haluan sendiri berhubung masa depannya.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat bukanlah berpunca daripada keputusan kurang memberangsangkan atau prestasi semasa, sebaliknya ia di­sebabkan masalah kecederaan berterusan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky menjelaskan, pemain berusia 27 tahun itu ada berjumpa dengan beliau bagi mengadakan perbincangan selepas menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) ke atas bahu kirinya.

“Cheng Wen ada cakap sendiri dengan saya selepas melakukan imbasan MRI, masih ada koyakan pada bahu kirinya dan doktor beritahu dengan usia sekarang, dia perlu menceburi bidang lain, bukannya badminton.

“Sebenarnya, memang kita sudah rancang kejohanan untuk dia sehingga Disember sekiranya dapat bertahan. Bagaimanapun, doktor cakap ada koyakan dan tidak mahu kecederaan itu semakin teruk,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Difahamkan, kecederaan yang dialami Cheng Wen me­rupakan kecederaan berulang sehingga menyebabkan dia sukar untuk menampilkan aksi dimahukan ketika muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa (IC) Malaysia di Ipoh bulan lalu.

Pada masa sama, turut mengikut jejak langkah Cheng Wen adalah jurulatih beregu campuran kebangsaan, Teo Kok Siang, namun Rexy enggan mengulas lanjut kerana ia keputusan yang dibuat sendiri oleh bekas pemain beregu lelaki itu.

Sementara itu, Rexy berkata, tidak ada penambahan jurulatih dalam skuad beregu campuran selepas ini dan beliau mendedahkan sedang mencari calon untuk dilantik sebagai penolong jurulatih beregu lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI