fbpx
Sesiapa yang pernah berdoa memohon keburukan tidak perlu runsing dengan doa tersebut. Sebaliknya, hendaklah berusaha memperbaiki diri terutamanya dalam beragama.- Gambar hiasan

Perihal doa buruk atau tidak baik yang pernah dipanjatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bolehkah kita memperbetulkan doa buruk yang pernah dipanjatkan? Kalau boleh, beritahu saya caranya?

Jawapan:

Terdapat doa yang tidak dimakbulkan Allah SWT seperti dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadis Abu Hurairah RA:

Maksudnya: “Sentiasalah diperkenankan doa dari seseorang hamba, selagi dia tidak berdoa melakukan dosa atau memutuskan silaturahim, dan selagi dia tidak gopoh.” (Muslim)

Demikian juga doa yang dipohon dalam keadaan dipengaruhi sesuatu tidak akan dimustajabkan.

Allah SWT berfirman: “Dan jika Allah segerakan bagi manusia keburukan yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan kebaikan, sudah pasti binasalah mereka.

“Maka, Kami biarkan mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami bergelumang di dalam kemelampauan.” (Yunus: 11)

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir berkata: “Allah mengkhabarkan berkaitan kesantunan dan kehalusan-Nya terhadap para hamba.

“Dia tidak akan memustajabkan doa mereka bagi keburukan diri, harta atau anak-anak ketika dalam keadaan tertekan dan marah.

“Dia Maha Mengetahui, mereka tidak bermaksud mahu diperkenankan apa yang dipinta tersebut. Kerana itu, Dia tidak akan memustajabkan untuk mereka dalam keadaan tersebut,kerana sifat kehalusan dan belas-Nya.

“Sepertimana Dia memustajabkan untuk mereka apabila berdoa kebaikan, keberkatan yang melimpah untuk diri, harta dan anak-anak. Kerana itu Allah berfirman: “Dan jika Allah segerakan bagi manusia keburukan yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan kebaikan, sudah pasti binasalah mereka.

“Iaitulah jika Allah memustajabkan untuk mereka setiap yang mereka minta (sekalipun keburukan), sudah tentu perkara itu akan membinasakan mereka.

“Sekalipun begitu, (kita) tidak sepatutnya banyak membuat permintaan seperti itu.”

Kesimpulannya, seseorang yang berdoa meminta keburukan ketika dalam keadaan marah atau dipengaruhi sesuatu termasuk dalam kumpulan doa tidak akan dimustajabkan.

Oleh demikian, sesiapa yang pernah berdoa memohon keburukan tidak perlu runsing dengan doa tersebut. Sebaliknya, hendaklah berusaha memperbaiki diri terutamanya dalam beragama.

Pada masa sama, hendaklah memperbanyakkan taubat dan istighfar, memperbaiki diri dalam berdoa dengan meminta perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN