fbpx

Dipukul, dicucuh besi panas seluruh badan termasuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kanak-kanak yang meninggal dunia ketika menerima di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini akibat didera ahli keluarganya sendiri.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan mangsa termasuk kemaluan.

“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera dalam satu kejadian di Senggarang, Batu Pahat dekat sini.

Mangsa menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 6.40 petang setelah tiga hari bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas pengadu iaitu lelaki berusia 23 tahun membuat laporan polis memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik di Senggarang sebelum dirujuk ke HSI, Jumaat lalu.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI