fbpx

[VIDEO] Kelibat harimau dikesan pengguna jalan raya di Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan kelibat seekor harimau di Lojing, Gua Musang semalam.

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau berjaya dikesan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Gua Musang, Lojing semalam.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Mohd Fadli Othman, kelihatan haiwan tersebut berada disebalik semak di tepi jalan.

Berdasarkan video yang berdurasi 23 saat itu, kelihatan haiwan itu ‘jinak’ serta tidak menunjukkan sebarang reaksi atau bertindak ganas.

Jelas perakam lagi, kelibat haiwan tersebut dirakam sewaktu dia melalui jalan sekitar Lojing, Gua Musang semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi pada hantaran tersebut.

“Ini memang kawasan dia, ada juga kawan-kawan pernah terserempak ketika melalui jalan ini,”tulis Tok Azman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hisham Bakar.

“Nampak jinak, sebab rasa tak terancam sebab tu rimau tu tak bertindak agresif walaupun dirakam. Tetapi hati-hati yang melalui kawasan ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI