fbpx

Pasukan ResQ UPSI sumbang snek, minuman tenaga kepada pasukan SAR Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Aqil Aryan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anggota APM di kawasan tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada 16 Disember lalu. - Foto IHSAN UPSI

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi pasukan penyelamat ResQ turun padang dan menyumbangkan snek serta minuman tenaga kepada petugas mencari dan menyelamat (SAR) di Batang Kali, Selangor.

Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Universiti Komuniti (UCTC), Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong yang mengetuai misi pasukan ResQ berkata, mereka ke lokasi kejadian pada 16 Disember untuk mengenal pasti bentuk keperluan sokongan daripada pihak berkuasa.

“Ketika kami menyampaikan sumbangan, pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan tugas-tugas menyelamat.

“Mematuhi saranan oleh pihak berkuasa agar tidak mengganggu kawasan zon merah semasa usaha menyelamat, pihak ResQ cakna keperluan sokongan dengan menyediakan snek dan minuman tenaga kepada para petugas penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 600 unit botol minuman tenaga dan 900 unit snek tenaga diserahkan kepada urus setia Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk diagihkan kepada para petugas SAR serta pengamal media yang bergilir-gilir melakukan tugasan di zon merah tersebut.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, UPSI sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat termasuklah dalam konteks menghadapi bencana alam.

“Sumbangan besar pihak berkuasa penyelamat juga mendorong UPSI untuk menyampaikan bantuan atas rasa kemanusiaan ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI