fbpx

Menari malas, Jang Won-young dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG WON-YOUNG

ADA sahaja yang tidak kena tentang perbuatan penyanyi Jang Won-young pada mata netizen, meskipun perkara tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan.

Baru-baru ini, nama Won-young sekali lagi memanas apabila netizen mendakwa dia sengaja menari malas dan tidak memberikan 100 peratus persembahan terbaik pada acara KBS Song Festival 2022.

Dakwaan tersebut juga muncul dengan telahan netizen yang menuduh dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu keadaan rambutnya menjadi serabai memandangkan dia merupakan hos pada acara berkenaan.

Dalam internet, berlegar beberapa potongan video memaparkan persembahan kumpulan IVE ketika menyampaikan dua buah lagu popular mereka, Love Dive dan After Like.

Netizen kemudiannya mendapati, hanya Won-young yang tidak bersungguh-sungguh ketika menari apabila tidak mengikut koreografi sebenar ketika mereka sepatutnya memusingkan kepala.

Biarpun dikritik bersikap bermalas-malasan di atas pentas, terdapat juga peminat setianya yang tampil mempertahankan Won-young.

Tegas mereka, pembenci sengaja menimbulkan isu kerana sedar nama Won-young sangat popular dalam carian internet

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI