fbpx

Bekalan telur ayam cukup di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HALIM (kanan) dan Jegan ketika meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 di Sam Groceria, di Strait's Quay, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Bekalan telur ayam di pasaran Pulau Pinang pulih sekitar 70 peratus dan dijamin mencukupi bagi menampung permintaan tinggi pengguna termasuk ketika musim perayaan Krismas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, kemasukan telur ayam yang diimport dari India yang telah berada di pasaran negeri ini juga dijangka dapat mengimbangi bekalan tempatan pada masa ini.

”Bekalan telur ayam pada masa ini mencukupi, ia pulih sekitar 70 peratus daripada keadaan normal dan ia mencukupi pada musim perayaan ini.

”Menerusi tinjauan kita, di pihak pemborong mereka memperoleh bekalan telur seperti biasa, cuma ada kalangan peruncit yang mengalami gangguan bekalan kerana beberapa faktor lain,” katanya dalam sidang akhbar di Sam Groceria, di Strait’s Quay, di sini hari ini.

Terdahulu, Jegan meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 peringkat negeri di pasa raya berkenaan. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.

Menurut Jegan, pemantauan bekalan telur di pasaran juga mendapati kesemua gred telur ayam iaitu A, B, dan C dan sebagainya berada di pasaran dan bekalan dihantar ke pasaran sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

”Terpulang pada pengguna untuk membeli telur mengikut gred yang mereka mahukan pada masa ini kerana dari sudut bekalan ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bermula Januari hingga 22 Disember lalu, KPDN Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan sebanyak 53,109 premis seluruh negeri ini dan tindakan yang diambil adalah sebanyak 733 kes.

”Jumlah sitaan ialah RM2.46 juta dan jumlah kompaun sebanyak RM215,900.

”Dari segi aduan berhubung isu bekalan barangan dan isu harga, sejak 1 Januari hingga 22 Disember jumlah aduan yang diterima adalah 1,618 aduan, iaitu 458 berhubung harga barangan dan perkhidmatan, bekalan barang kawalan (57) manakala selebihnya 1,103 berhubung lain-lain aduan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak enam jenis barangan telah diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 dan ntaranya adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, lada benggala hijau dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI