fbpx

Kurus tak cantik mana pun – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL memberi pandangan tentang pertikaian pendapat dua orang artis, Aishah dan Sherry berhubung pembedahan bariatrik untuk kurus.

KEMELUT pendapat antara pengacara, Sherry Alhadad dengan penyanyi senior, Datuk Aishah berhubung pembedahan bariatrik atau potong usus dilihat sudah selesai selepas selebriti yang juga pelakon itu meminta maaf secara terbuka.

Begitupun, isu itu turut meraih perhatian pengarah, Michael Ang yang berharap penyanyi Janji Manismu tidak perlu sentap andai melakukan prosedur berkenaan untuk tujuan memulihkan kesihatan.

Katanya lagi, memang kebanyakan individu buat pembedahan tersebut disebabkan ingin kelihatan cantik hingga membuatkan ramai menebak semua artis memilih kaedah sama.

“Kalau saya buat untuk kesihatan kenapa perlu saya sentap. Muka dah macam ini, kalau kurus pun ingat saya boleh jadi kacak? Memang tak. Benda ini tak perlu sentap kalau awak buat demi kesihatan.

“Saya alami masalah depresi pada tahun pertama kerana saya orang yang suka makan. Tiba-tiba saya tak boleh makan.
“Makan sikit sudah tak boleh sumbat. Kepada Aishah tak payah sentap, Datuk dah umur berapa,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.

MIZZ LAHAR: Pengarah Kimchi Untuk Awak ini pun buat pembedahan bariatrik pada 2018 sebab sakit belakang serta impak lain sebab obesiti. Harap orang gempal tak lagi dipandang sebelah mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI