fbpx

Anita Baharom kini isteri Engku Isyamuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA selamat bernikah dengan Engku Isyamuddin pagi tadi. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SUBANG JAYA – Tidak sampai setahun hidup solo selepas kematian suami, pelakon Anita Baharom kini kembali bergelar isteri apabila sah bernikah dengan ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam sebuah majlis di Bizmilla Wedding di sini sekitar pukul 11.50 pagi tadi.

Selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz, Anita, 39, menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas daripada Engku Isyamuddin, 48, yang juga duda anak lapan.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Bahrom dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa.

Dalam sesi batal air sembahyang, pasangan pengantin saling menerima sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

MAJLIS akad nikah Anita Baharom dengan pasangan, Engku Isyamuddin di Bizmilla One City, Shah Alam – FOTO SADDAM YUSOFF

Sementara itu, majlis resepsi pasangan berkenaan akan diadakan malam ini dengan undangan seramai 500 orang.

Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI