fbpx

Ustaz Abdul Somad dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan UAS (tiga dari kiri) bersama isterinya, Fatimah Az Zahra. - Foto Instagram/@ustadabdulsomad

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad membuat pengakuan bahawa dirinya ‘dihimpit’ ramai wanita yang mahu berkahwin dengannya meskipun mengetahui beliau sudah beristeri, lapor portal berita hops.id semalam.

Beliau yang kini berusia 45 tahun dan terkenal dengan gelaran UAS menamatkan zaman dudanya pada tahun 2021. UAS berkahwin dengan seorang gadis muda setelah bercerai dengan bekas isteri, Mellya Juniarti pada 2019.

UAS berkahwin dengan Fatimah Az Zahra yang ketika itu berusia 19 tahun dengan menyerahkan mas kahwin berupa 244 gram emas.

Ketika berceramah di sebuah sekolah pondok di wilayah Jawa Barat baru-baru ini, beliau berkata, terdapat ramai wanita yang mahu menjadi isterinya malah sanggup bermadu.

“Saya, biarpun sudah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal, saya sudah berkahwin dan sudah tua,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI