fbpx

Firdaus Wong sambung beri keterangan hari kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus (kiri) dan Ebit (kanan) di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini. - Foto IVAN AMIRUL

TENOM – Firdaus Wong yang juga saksi ketiga kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew menyambung keterangan di Mahkamah Majistret Tenom di sini hari ini.

Pendakwah berkenaan tiba di mahkamah sekitar pukul 9 pagi manakala Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, yang berbaju merah tiba pukul 9.55 pagi.

Semalam, pada perbicaraan hari pertama Firdaus memaklumkan mahkamah dirinya melihat beberapa mesej serta gambar lucah daripada telefon bimbit milik ‘pengadu’.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata, semua mesej dan gambar berkenaan dilihat sendiri olehnya apabila bertemu dengan pengadu dan suami selepas laporan polis dibuat pada 7 Ogos 2021.

Ebit sebelum ini didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI