fbpx

FGV sumbang RM5 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkifli (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Armizan (tengah) di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) telah  menyumbang sebanyak RM5 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TTBN) untuk membantu mangsa banjir terutamanya di beberapa lokasi yang telah dilanda banjir. 

Tabung ini diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd.Wahab berkata, sumbangan FGV kepada NADMA adalah sebahagian daripada komitmen Kumpulan  untuk memberikan bantuan sementara kepada masyarakat ketika mereka betul-betul memerlukannya.

“Kini kita sekali lagi dilanda musim tengkujuh dan bencana alam terutamanya banjir boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyatan bersempena majlis penyampaian sumbangan daripada FGV yang disampaikan oleh Dzulkifli kepada  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas), Datuk Armizan Mohd. Ali di sini.

Sejak beberapa tahun lalu, FGV telah melaksanakan inisiatif membantu rakyat dengan memberikan bantuan ketika bencana banjir. 

Ini termasuk pemberian bantuan semasa dan pasca bencana dalam bentuk wang tunai atau sumbangan makanan melalui FGV Food Relief Bag (FGV FReB) yang mengandungi produk makanan FGV dengan tujuan untuk memberi bantuan sementara kepada mangsa banjir. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI