fbpx

10 unit rumah, kedai serta bengkel hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 unit rumah setinggan, sebuah kedai makan serta sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran berhampiran Okr Autocar, Batu 4 ½ Jalan Klang Lama, di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Haji Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.17 tengah hari dan terus menghantar jentera ke tempat kejadian.

Katanya, seramai 40 kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh serta BBP Bukit Jalil, BBP Sri Petaling, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sentul dan BBP TTDI telah dikerahkan dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati kebakaran tersebut melibatkan rumah setinggan anggaran 10 unit pintu rumah, sebuah kedai makan dan sebuah motosikal.

“Kebakaran terbabit telah mengakibatkan kawasan berkeluasan kira-kira 1,219 meter persegi telah terbakar 90 peratus,” ujarnya dalam kenyataan.

Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal sekitar pukul 12.41 tengah hari dan padam sepenuhnya sekitar pukul 1.24 tengah hari.

Bagaimanapun, kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI