fbpx

Firdaus Wong tertekan, sukar tidur lihat gambar kemaluan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong ketika hadir di Mahkamah Majistret Tenom hari ini. - Foto: Ivan Amirul

TENOM – “Semenjak menerima kes itu dan melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki, saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda,” kata Firdaus Wong.

Pendakwah bebas itu menyatakan dirinya mengalami kemurungan berikutan kerap kali melihat mesej berbaur gangguan seksual selain gambar kemaluan lelaki sejak menerima kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Firdaus yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) memaklumkan situasi itu juga dirujuk tentang kesalahan ejaan pada hantaran dibuatnya di dalam kumpulan Whatsapp “NOBODY” yang turut disertai tiga individu lain.

Menurutnya, perkataan “keburungan” di dalam ayat hantaran “Amaran!!! Keburungan-Keburungan” yang ditulisnya adalah merujuk kepada perkataan “kemurungan”.

“Perkataan keburungan-keburungan adalah kesalahan ejaan daripada saya sendiri yang sepatutnya bermaksud kemurungan-kemurungan,” katanya ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, Ram Singh.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi soal jawab sebelah pagi yang bertanya mengenai kumpulan Whatsapp ‘NOBODY’, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, memaklumkan platform berkenaan diwujudkan olehnya selain dianggotai tiga individu lain iaitu Mohd Fairuz Abu atau Fairuz Al-Jengkawi (panggilan merujuk Mohd Fairuz), Dr Rozaimi Ramly dan Dr. Yusuf.

Terdahulu, pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini bagi menghadiri sambungan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan dirinya.

Ebit tiba di perkarangan bangunan mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda berwarna hitam dan ditemani peguam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI