fbpx

Pengarah bomba keletihan, dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazam.

HULU SELANGOR – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Datuk Norazam Khamis, dikejarkan ke Hospital Selayang pada pukul 6 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerak Operasi JBPM, Selangor.

“Norazam dimasukkan ke hospital akibat keletihan dan strok minor. Walau bagaimanapun, keadaan Norazam terkawal dan masih sedar diri.

“Operasi mencari mangsa kekal dijalankan. Sama-sama kita doakan agar kesihatan Norazam kembali pulih,” katanya.

Norazam terlibat secara langsung dalam mengetuai pasukan bomba sejak hari pertama operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sejak Jumaat lalu.

Sehingga kini, operasi gagal menemukan sebarang mangsa yang hilang menjadikan mangsa maut kekal 24 orang daripada keseluruhan mangsa terlibat 94 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI