fbpx

Pegawai polis bagi sandwic najis dipecat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Matthew Luckhurst - Jabatan Polis San Antonio

AUSTIN, Texas – Seorang pegawai polis simpanan, Matthew Luckhurst dipecat sekali lagi setelah dia didapati membuang air besar di tandas wanita di sebuah pejabat peronda basikal Jabatan Polis Floresville, Texas baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star semalam.

Dia juga dipecat selepas menyebarkan bahan seperti puding coklat di tempat duduk tetapi Luckhurst mengaku tanggungjawab berikutan perbuatannya gagal mengepam air besar di tandas wanita dan mendakwa ia adalah gurauan dan meminta maaf berikutan kejadian tersebut.

Pemecatan terbarunya berlaku selepas gelombang kemarahan orang ramai mengenai bagaimana pegawai itu boleh diambil semula oleh pasukan polis lain selepas dipecat kerana memberi seorang gelandangan sandwic tahi pada tahun 2016.

Dalam kejadian pada tahun 2016, Luckhurst menyatakan kepada rakan sekerjanya bahawa dia telah mengambil najis dan meletakkannya ke dalam kepingan roti serta memasukkannya ke dalam bekas stirofoam.

Dia kemudian dipecat oleh Jabatan Polis San Antonio dan kemudian diambil bekerja oleh Jabatan Polis Floresville sebagai pegawai simpanan hanya lima bulan selepas proses pemecatannya di San Antonio tamat.

Datuk Bandar Floresville, Cissy Gonzalez-Dippel berkata, terdapat banyak e-mel daripada penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan Luckhurst yang telah diambil bekerja semula sebagai pegawai polis. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI