fbpx

Mekanik didakwa cucuh isteri dengan gunting panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD FAIZ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencucuh isterinya dengan gunting . - NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang pekerja bengkel motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah di sini hari ini atas tuduhan mencucuh isterinya dengan gunting panas di sebuah bengkel di Felda Jelai, Gemas, Selasa lalu.

Tertuduh, Mohamad Faiz Shahruddin, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang mempunyai dua anak berusia empat dan satu tahun dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara mencucuh benda hangat iaitu sebilah gunting yang dipanaskan pada jari telunjuk kiri isterinya berusia 27 tahun.

Kejadian didakwa dilakukan di sebuah bengkel di Felda Jelai, Gemas, Tampin kira-kira pukul 10.30 malam, 13 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan atas dasar keselamatan ke atas mangsa yang telah mengalami kecederaan tahap satu berikutan tindakan tertuduh.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah membenarkan dirinya diikat jamin dengan jaminan rendah kerana bukan orang kaya selain membenarkan untuk berjumpa isterinya bagi menarik kes kerana tidak mahu masuk penjara.

Hakim Norma kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan dan kes disebut semula pada 16 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI