fbpx

Lima PATI kendali bot nelayan tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar selepas didapati mengendalikan bot nelayan tempatan tanpa permit yang sah semalam.

Kesemua mereka ditahan ketika sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 114 kilometer barat Pulau Kendi kira-kira pukul 9.23 pagi.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelas C2 ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung.

”Hasil pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dikendalikan lima PATI warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun.

”Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut anggaran 150 kilogram dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

”Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada,” tambahnya.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian: 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI