fbpx

JPS keluarkan amaran kemungkinan banjir kilat di lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan ‘hotspot’ di lima negeri.

JPS menerusi laman Twitternya berkata, kawasan ‘hotspot’ banjir kilat bakal melibatkan Johor sekitar daerah Johor Bahru (Plentong serta kawasan sekitar) dan Kota Tinggi (Sedili Besar, Sedili Kechil, Tanjung Surat, Ulu Sungai Sedili Besar serta kawasan sekitar)

“Diikuti dengan daerah Mersing (Bandar Padang Endau, Padau Endau, Triang serta kawasan sekitarnya) dan Muar (Bandar Maharani, Jalan Bakri, Ayer Baloi serta kawasan sekitarnya).

“Seterusnya, bagi Kedah di Bandar Baharu (Bandar Baharu, Pekan Lubuk Buntar, Sungai Kecil serta kawasan sekitarnya),” kata JPS hari ini.

Bagi Pahang di sekitar daerah Kuantan (Bandar Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya) , Maran (Bandar Maran, Chenor, Pekan serta kawasan sekitarnya) , Pekan (Bebar, Langgar, Pekan, Dong serta kawasan sekitarnya) dan Rompin.

“Perak di Hilir Perak (Changkat Jong, Durian Sebatang serta kawasan sekitarnya), Kerian (Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar serta kawasan sekitarnya), Larut, Matang dan Selama (Bukit Gantang serta kawasan sekitarnya) dan Perak Tengah (Bota, Layang-Layang, Pasir Salak serta kawasan sekitarnya).

“Sementara itu, Pulau Pinang juga dijangka mengalami banjir kilat di Seberang Perai Selatan (Mukim 11, Mukim 7, Nibong Tebal serta kawasan sekitarnya).

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat bagi tempoh tersebut,” ujar JPS. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI