fbpx

2 pegawai imigresen ditahan terlibat seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cubaan membawa masuk dua wanita Indonesia secara haram melalui KLIA2 9 September lalu akhirnya membongkar penglibatan dua pegawai imigresen. - Foto IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Dua pegawai imigresen antara yang ditahan kerana bersubahat dengan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, 9 Disember lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi kira-kira pukul 7 malam itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya hasil maklumat perisikan dan maklumat awam.

“Dalam operasi tersebut, seramai lima individu berusia 31 hingga 49 tahun telah berjaya ditahan yang terdiri daripada dua wanita Indonesia, yang baru saja tiba dan seorang lelaki Indonesia yang berperanan sebagai ejen.

“Turut ditahan adalah dua orang pegawai imigresen yang bersubahat dengan sindiket dan ejen yang menguruskan kemasukan PATI tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, ejen berkenaan akan mengatur kemasukan PATI disenarai hitam di atas kesalahan lampau dengan kerjasama pegawai imigresen yang bersubahat di kaunter ketibaan untuk menurunkan cap masuk.

“Mereka juga diupah antara RM1,000 hinga RM2,000 bagi setiap PATI yang kemudiannya akan dijemput oleh ejen untuk dibawa ke destinasi yang ditujui untuk tujuan bekerja secara tidak sah.

“Kemasukan PATI itu juga tidak akan direkodkan di dalam sistem imigresen oleh pegawai tersebut,” jelas beliau.

Tambah Khairul Dzaimee, kesemua PATI tersebut ditahan kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan disiasat di bawah akta sama.

“Seorang ejen dan dua pegawai imigresen yang terlibat pula ditahan dan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut manakala dua orang pegawai imigresen itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan,” tegas beliau.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI