fbpx

Perkhidmatan Mohd. Syafiq sebagai KPPA ditamatkan berkuat kuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syafiq

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.

Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Ogos lalu telah mengarahkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat isu melibatkan Mohd. Syafiq dengan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen.

Jelas beliau, Mohd. Zuki juga telah diminta untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa tersebut bagi menyiasat dakwaan KPPA menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI