fbpx

[VIDEO] Mangsa banjir terkejut disapa Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi video dimuat naik oleh @fatahencem yang memaparkan Tengku bergambar bersama mangsa banjir dan disifatkan berjiwa rakyat sekali gus mendapat pujian ramai.

PETALING JAYA – Gelagat santai dua individu menghadapi banjir menjadi perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Alam Shah sewaktu lawatannya ke kampung Batu Kapor, Mentakab semalam.

Perkongsian yang dimuat naik oleh @fatahencem tersebut memaparkan gelagat dia bersama rakannya yang masing-masing sedang berbaring santai di atas tilam terapung (float mattress) di tengah-tengah banjir sebelum disapa oleh Tengku Hassanal.

“Sewaktu asyik bersantai di taman tema banjir, tiba-tiba Tuanku muncul. Segan pula rasanya,” kata Fatah menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji Tengku dan menyifatkan beliau seorang yang berjiwa rakyat.

“Ya Allah, tidak ada dalam sejarah kerabat diraja yang sanggup bersama rakyat seperti ini. Saya sangat bangga menjadi rakyat Pahang,” puji seorang pengguna di TikTok.

“Tengku dan Agong sememangnya berjiwa rakyat. Jika berlaku banjir saja, mereka pasti akan bersama-sama meredah air banjir,” komen netizen lain.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna media sosial yang terhibur dengan gelagat individu-individu tersebut yang tetap tenang dan santai di posisi walaupun hakikatnya mereka berasa segan dengan kehadiran Tengku.

“Saya tidak boleh menahan gelak dengan gelagat abang berdua. Lengkap berkaca mata hitam lagi,” kata seorang pengguna.

“Mereka tersangatlah santai walau banjir melanda. Nampaknya, rakyat sudah pandai berdikari. Semua benda menjadi positif,” ujar seorang pengguna lain.

Sehubungan itu, seorang lagi pengguna TikTok sempat meninggalkan pesanan agar terlalu santai dan sentiasa berhati-hati sewaktu musim banjir melanda.

“Banjir jangan dibuat main. Kawasan Mentakab ini sering dilanda banjir besar sehingga pokok kelapa dan tiang elektrik sudah tidak kelihatan lagi,”

Susulan itu, Tengku bertindak memusingkan float tersebut lalu bergambar bersama kedua-dua individu berkenaan.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 80,800 tanda suka dan 1,500,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI