fbpx

Beri saya ruang untuk bernafas – Nana Mahazan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERJALANAN Nana Mahazan sebagai seorang wanita bertudung dilakukan kerana Allah, maka dia tidak mahu menjadikan kata-kata negatif netizen meruntuhkan semangatnya.

PETALING JAYA – Pengacara Nana Mahazan meluahkan rasa kesal apabila sebilangan besar netizen lebih memilih menilai cara pemakaiannya walaupun dia sudah bertudung.

Bagi Nana atau nama lengkapnya Nurul Hana Che Mahazan, dia memerlukan ruang untuk melakukan perubahan dari segi pemakaian.

“Bila mula bertudung, orang cari salah saya. Cakap saya pakai tudung tidak tutup dada atau nampak pergelangan tangan. Biar saya bernafas.

“Satu hari saya berfikir, biar saya lakukan semua ini untuk Allah dan buat Dia gembira. Ini perjalanan saya. Jadi segala yang dicuba, saya lakukannya dalam fasa dan masa saya,” katanya.

Lebih mengecewakan, puteri sulungnya, Althea Raqeem Brian yang berusia 12 tahun turut terpalit dengan kecaman netizen apabila dituduh tidak pandai menutup aurat dengan sempurna.

“Semasa Althea mula bertudung, dia selempang sebelah sahaja sehingga netizen cakap lebih baik tidak pakai tudung.

“Kata-kata itu lebih kepada menjatuhkan niat dan semangat orang. Selepas kejadian, saya terus menenangkan Althea,” kata Nana.

Biarpun penampilannya sering dinilai netizen, namun selebriti kelahiran Johor itu tidak mudah melenting dengan kata-kata orang.

Pengacara berusia 39 tahun itu menambah, dia sudah melalui kecaman orang sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

“Saya tidak mudah melatah, kalau selalu fikir mengenai orang yang suka menilai, kita tidak akan buat sesuatu perkara jadi lebih baik.

“Orang boleh cakap apa yang mereka mahu. Saya sudah melaluinya semasa orang tidak suka saya dalam AF1.

“Kalau saya sibuk kisahkan cakap orang, saya tidak akan bertahan sehingga sekarang,” ujarnya ketika ditemui pada majlis minum petang Misi Bantuan Musim Sejuk Syria di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, Nana mencuri perhatian apabil tampil bertudung sekitar Ogos tahun lalu dalam sebuah video Instagram.

Penampilan tersebut meraih respons positif orang ramai kerana pada waktu itu, Nana merupakan salah seorang artis wanita termasuk Betty Rahmad, Izara Aishah, Vicha Saywho dan Fieya Julia yang berhijrah mengenakan tudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI