fbpx

Zahirah Macwilson dah pilih nama anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHIRAH Macwilson bagaimanapun menjelaskan dia belum hamil anak kedua.

BARU-BARU ini tular sebuah video Zahirah Macwilson berkongsi senarai nama kegemaran sekiranya dikurniakan anak perempuan.

Antara nama yang disukai isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu ialah Raline, Eliza dan Aria. Sedap-sedap nama yang dipilih Zahirah.

Disebabkan video itu, bukan sahaja Diva tetapi ramai netizen tertanya-tanya sama ada dia kini berbadan dua.

“Oh tidak, saya belum hamil lagi!” tegasnya dalam video tersebut.

Sekurang-kurangnya perkara tersebut menjawab tanda tanya ramai. Iyalah, ramai juga nak melihat Isaac Raees mempunyai adik. Dia pun dah besar panjang kan.

Sama-sama kita nantikan berita gembira itu nanti.

DIVA: Melekat betul lagu Chombi, Sayunk I Love You dalam kepala. Lain macam impaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI