fbpx

Ikon permotoran ditahan disyaki ugut bekas kekasih sebar gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang pemuda yang juga terkenal sebagai ikon permotoran ditahan kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.

“Suspek direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya secara ringkas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI