fbpx

Juruterbang Ukraine berswafoto muka berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Voroshylov berjaya meletupkan dron Russia dan cedera di kepala. - Daily Star

KIEV – Seorang juruterbang Ukraine berkongsi imej wajah berlumuran darah yang dirakam selepas dia menembak jatuh sekumpulan dron Russia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mejar Vadym Voroshylov bertempur dengan lima dron berani mati buatan Iran dan dua peluru berpandu sebelum satu letupan menyebabkan dia cedera di kepala.

Letupan itu menyebabkan kerosakan pada pesawat pejuangnya jenis MiG, menyebabkan Voroshylov yang cedera terpaksa melepaskan diri dengan mengaktifkan kerusi anjal. 

Dia sebelum itu berjaya merakam darah yang berlumuran di seluruh mukanya sebelum menyelamatkan diri.

Selepas jetnya menjunam ke Bumi, juruterbang itu menyiarkan mesej di Instagram, dengan berkata: “Saya akan katakan secara ringkas. Tiada siapa dan tiada apa yang boleh patahkan semangat kami!”

Pertempuran yang berlaku pada Oktober lalu itu menyaksikan Voroshylov memperoleh penghormatan sebagai wira Ukraine dengan anugerah Order of The Gold Star oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy sebulan kemudian.

The Gold Star adalah penghormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh askar Ukraine.

Menurut majalah Forbes, Voroshylov kini kembali menjadi juruterbang setelah lukanya pulih dan sekali lagi mempertahankan tanah airnya selepas mengalami luka ngeri di pipinya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI