fbpx

Johor pertimbang pinda kelas khas sekolah agama pada Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN Johor akan mempertimbangkan kesesuaian pindaan waktu pembelajaran kelas darjah khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri daripada Sabtu kepada Khamis.

ISKANDAR PUTERI- Johor akan mempertimbang kesesuaian pindaan waktu pembelajaran kelas darjah khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri daripada Sabtu kepada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kajian itu mengambil kira pelajar kelas darjah khas merupakan pelajar sama berada di Tingkatan Satu atau mereka yang tinggal asrama.

Beliau berkata, pindaan kelas darjah khas dibuat kepada Khamis itu dijangka akan mengundang isu lain antaranya ketiadaan guru.

“Sekiranya ia dipinda pada Khamis, ini akan menimbulkan masalah ketiadaan guru setelah guru yang ada menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor.

“Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyambut baik pandangan yang diutarakan dan akan membuat kajian kebolehlaksanaan pindaan waktu pembelajaran kelas darjah khas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, JAINJ dalam usaha menambah baik skim perjawatan guru bagi menetapkan minat guru untuk terus berkhidmat di Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar pada tahun ini berlakunya perpindahan guru Sekolah Agama Kerajaan Johor ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Hal ini berlaku berikutan ramai dalam kalangan guru agama kita merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang melayakkan mereka berkhidmat sebagai guru di KPM.

“Justeru, bagi menetapkan minat para guru agama kita untuk terus berkhidmat di Sekolah Agama Kerajaan Johor, JAINJ sedang dalam usaha menambah baik skim perjawatan guru dengan menimbal guna sistem kenaikan pangkat ‘time based’ berasaskan kecemerlangan (TBBK),” katanya.

Tambahnya, menerusi sistem TBBK yang diguna pakai di sekolah KPM, guru yang bergred DG29 hanya memerlukan tempoh lapan tahun untuk kenaikan gred DG32 berbanding 10 tahun sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI