fbpx

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah hamil zuriat keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU Raudhah berkata, dia dan suami tidak kisah menambah cahaya mata lagi dan menerima kehadiran anak keenam yang dikandungnya kini sebagai satu rezeki.

PETALING JAYA – Selepas mendapat cahaya mata kelima pada Mei tahun lalu, pelakon jelita Ayu Raudhah teruja menantikan kehadiran zuriat baharu apabila kini sedang hamil lima bulan anak keenam.

Ayu, 37, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepadanya dan juga suami apabila bakal menyambut kehadiran insan baharu dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, benar saya kini hamil anak keenam. Usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu lagi, dia sebenarnya segan untuk berkongsi tentang berita tersebut kerana bukan ini kali pertama dia hamil.

Namun, selepas suaminya membocorkan tentang berita gembira tersebut menerusi satu hantaran video, Ayu hanya memanjatkan rasa syukur atas kurniaan zuriat keenam dalam keluarganya.

“Segan sebenarnya nak kongsi berita tentang saya hamil. Lagipun bukan anak sulung.

“Tapi alhamdulillah, saya anggap kehamilan ini sebagai satu rezeki untuk saya serta suami dan tiada masalah untuk menambah bilangan cahaya mata,” katanya.

Ketika disoal tentang jantina bayi keenam yang bakal dilahirkan nanti, Ayu atau nama lengkapnya Raudhah Che Wan memberitahu, dia dan juga suami belum lagi mengetahui tentang perkara tersebut.

“Jantina anak keenam ini kami belum tahu lagi,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI