fbpx

Perangkap harimau dahan ada, tapi umpan pula tak letak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU dahan betina yang berjaya ditangkap Perhilitan pada Mac lalu di Kampung Lintang, belantik di Sik.

SIK – Penduduk Mukim Belantik di sini kesal apabila perangkap untuk menangkap harimau dahan yang membaham ternakan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan lanjut daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Keadaan itu didakwa menyebabkan seekor lagi kambing milik penduduk mati dibaham haiwan liar tersebut pada kelmarin.

Penduduk Kampung Surau, Mohd. Asrul Abdullah, 42, berkata, penduduk lega apabila Perhi­litan meletakkan perangkap itu, namun tiada tindakan lanjut.

“Perhilitan tidak datang petang semalam (kelmarin) untuk meletakkan umpan kambing sebagai menarik perhatian harimau dahan untuk masuk perangkap itu.

“Akibatnya, seekor lagi kam­bing peliharaan bapa, Abdullah Husain, 63, mati dibaham haiwan itu,” katanya di sini semalam.

Abdullah Husain menunjukkan sangkar perangkap yang telah dibaikinya untuk menahan harimau dahan yang telah membahan haiwan ternakannya di Kampung Surau, Mukim Belantik, kelmarin

Menurutnya, sangkar perangkap itu juga rosak dan bapanya telah membantu membaikinya.

“Selain kehilangan haiwan ternakan, kami risau keselamatan kami sekiranya harimau itu masih bebas dan berkeliaran di kawasan kampung,” ujarnya.

Berita berkaitan: Serangan harimau dahan, 32 kambing jadi mangsa

Penduduk Kampung Kota Aur, Mohd Ghazali Abu, 42, berkata, kawasan dusun dan kebun sa­yurnya pula sering didatangi gajah untuk makan hasil-hasil tanaman dan buah-buahannya.

“Ada juga saya buat aduan tentang anak gajah yang terjatuh ke dalam parit, tetapi tiada tindakan segera diambil sehinggakan anak gajah itu mati begitu sahaja,” ujarnya.

Tapak kaki harimau dahan selebar tiga inci yang dijumpai di sekitar kandang kambing milik Abdullah Husain di Kampung Surau, Mukim Belantik, kelmarin

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di empat buah kampung di Mukim Belantik kembali dihantui dengan serangan harimau dahan selepas lebih 32 ekor kambing dan puluhan ternakan lain mati dan hilang akibat dibaham haiwan liar itu sejak empat bulan lalu,

Kejadian serangan itu melibatkan Kampung Pinang, Kampung Belantik, Kampung Surau dan Kampung Lintang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI